Panduan
10
 minit bacaan

Beli Rumah di Malaysia: Proses, Bajet, dan Tips untuk Pembeli Baru

Ingin memiliki rumah pertama di Malaysia? Ketahui langkah penting, bajet yang perlu disediakan, dan tips bijak yang dapat membantu pembeli baru mengelakkan kesilapan biasa. Klik untuk lebih lanjut !
Ditulis oleh
Amirul Hilmy
Tarikh dikemaskini
13/11/2024

Beli Rumah di Malaysia: Proses, Bajet, dan Tips untuk Pembeli Baru

Membeli rumah di Malaysia pada tahun 2024 mungkin merupakan peluang terbaik bagi mereka yang ingin melabur atau memiliki kediaman sendiri. Harga rumah pada tahun 2023 telah mencapai paras terendah sejak 2019, menunjukkan bahawa ini adalah waktu yang sesuai untuk bertindak sebelum harga terus meningkat. Indeks harga rumah menunjukkan kestabilan dan kenaikan harga jangka panjang, yang menjadikan pelaburan hartanah sebagai pilihan berpotensi tinggi. Di samping itu, ekonomiyang bertambah baik dan inisiatif kerajaan seperti Dasar Gaji Progresif turut merangsang permintaan pasaran hartanah, yang bermaksud harga rumah mungkin lebih mahal pada masa akan datang jika keputusan untuk membeli ditangguhkan.

Tahun 2024 juga menawarkan beberapa insentif menarik bagi pembeli rumah kali pertama.Antaranya ialah pengecualian duti setem 100% untuk hartanah di bawah RM500,000 dan pembiayaan penuh melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP). Namun,pembelian rumah tetap merupakan keputusan kewangan yang besar, memerlukan persediaan ilmu yang mencukupi untuk mengelakkan kerugian atau beban kewanganjangka panjang. Dalam artikel ini, kami akan membincangkan Beli Rumah diMalaysia: Proses, Bajet, dan Tips untuk Pembeli Baru.

1. Perancangan Awal & Bajet

Langkah pertama dalam pembelian rumah ialah menetapkan bajet berdasarkan kemampuan kewangan peribadi. Berikut adalah aspekutama yang perlu diberi perhatian:

  • Tentukan Bajet Berdasarkan Pendapatan dan Komitmen:
        Pastikan bayaran bulanan untuk pinjaman rumah tidak melebihi satu pertiga     (1/3) daripada pendapatan kasar anda. Sebagai contoh, jika gaji bulanan  RM3,000, pastikan bayaran pinjaman rumah tidak lebih dari RM900 setiap     bulan untuk memastikan ia mampu ditanggung bersama komitmen kewangan lain.
  • Simpanan untuk Bayaran Muka:
        Bayaran muka atau downpayment biasanya 10% daripada harga rumah. Sediakan   simpanan yang mencukupi untuk jumlah ini sebagai tanda komitmen pembelian.   Sebagai contoh, rumah berharga RM300,000 memerlukan bayaran muka sekitar     RM30,000.
  • Kos Tambahan yang Perlu Diambil Kira:
        Selain harga rumah, terdapat kos lain seperti:some text
       
    • Yuran Peguam: Sekitar 0.4%      hingga 1% daripada harga rumah. Yuran ini untuk proses dokumen perjanjian jual beli (S&P) dan pindah milik.
       
    • Duti Setem: Cukai yang dikenakan untuk pemindahan hak milik hartanah, bergantung pada harga  rumah.
       
    • Insurans Rumah: Penting untuk melindungi rumah daripada risiko dan biasanya diwajibkan  oleh bank
    • Kalkulator Perumahan dalam Talian:
          Gunakan Affordability Calculator untuk menentukan jumlah pinjaman     yang bersesuaian dengan kemampuan anda dan Home Loan Calculator   untuk mengira anggaran bayaran bulanan berdasarkan jumlah pinjaman dan    tempoh yang dikehendaki
    .

2. Semakan Kelayakan Pinjaman

Sebelum membeli rumah, memahami kelayakan pinjaman adalah penting untuk memastikan pinjaman yang dimohon sesuai dengan kemampuan kewangan. Langkah-langkah utama termasuk:

  • Ketahui Had Kelayakan     Pinjaman:
       
    • Semak had kelayakan      pinjaman dengan bank atau institusi kewangan pilihan.
    •  
    • Gunakan kalkulator Debt      Service Ratio (DSR) untuk mengira kemampuan anda membayar balik      pinjaman secara bulanan. Biasanya, DSR membantu bank menentukan sama ada  anda boleh menampung bayaran pinjaman tanpa menjejaskan komitmen lain.
  •  
  • Dapatkan Pra-Kelulusan (Pre-Approval)     Pinjaman:
       
    • Dapatkan pra-kelulusan      pinjaman dari bank bagi memastikan pembelian rumah berjalan lebih lancar      dan mengelakkan masalah pembiayaan di saat akhir.
    •  
    • Pra-kelulusan juga memberi      kelebihan ketika membuat tawaran, kerana anda telah disahkan layak untuk      jumlah pinjaman tertentu, menjadikan anda calon pembeli yang lebih  dipercayai oleh penjual.

Untuk maklumat lanjut mengenai kelayakan pinjaman dan tip pembelian rumah pertama,anda boleh merujuk artikel ini: Tips Beli Rumah Pertama 2024.

3. Cari Rumah Sesuai Keperluan

Memilih rumah yang tepat bukan sekadar soal bajet,tetapi juga kesesuaian dengan gaya hidup dan keperluan jangka panjang. Jika rumah dibeli untuk diduduki sendiri, keselesaan dan akses ke fasiliti sekitar menjadi keutamaan. Sebaliknya, untuk tujuan pelaburan, kawasan yang sedang berkembang dengan banyak projek komersial berdekatan berpotensi meningkatkan nilai rumah di masa depan.

Berikut adalah beberapa perkara yang perludipertimbangkan:

Lokasi di Kawasan Bandar & Fasiliti Sekitar:

     
  • Pilih rumah di kawasan yang mempunyai akses mudah ke bandar dan      fasiliti seperti sekolah, klinik, dan pengangkutan awam untuk memudahkan      kehidupan harian.
  •  

Kondisi Rumah (Bagi Rumah Subsale):

     
  • Semak keadaan rumah jika rumah tersebut adalah rumah subsale.      Perhatikan sebarang kerosakan atau isu struktur untuk elakkan kos      pembaikan besar pada masa hadapan.
  •  

Projek Pusat Komersial (Bagi Rumah Dalam Pembinaan):some text

     
  • Jika membeli rumah dalam pembinaan, lihat projek pusat komersial      yang sedang atau bakal dibangunkan. Kehadiran pusat komersial sangat      bagus untuk kenaikan nilai hartanah, menjadikannya pilihan yang bijak      untuk pelaburan.
  •  

Kejiranan:

     
  • Pilih kejiranan yang aman dan selesa, terutamanya jika rumah ini   untuk diduduki sendiri. Suasana kejiranan yang mesra dan selamat penting untuk keselesaan jangka panjang.

Dengan mempertimbangkan aspek ini, anda dapat memastikan rumah yang dipilih bukan sahaja sesuai untuk keperluan semasa,tetapi juga bermanfaat sebagai aset berharga di masa depan.

4. Tawaran Pembelian & Surat Tawaran (Letter of Offer)

Setelah anda menemui rumah yang sesuai, langkah seterusnya adalah membuat tawaran harga kepada penjual. Pastikan tawaran yang dibuat adalah munasabah dan selarasdengan harga pasaran rumah di kawasan tersebut. Jika penjual menerima tawaran,pastikan untuk mendapatkan Surat Tawaran yang mengesahkan persetujuan hargaantara kedua-dua pihak.

Berikut adalahbeberapa perkara yang perlu diingat:

  • Tawarkan Harga yang Realistik: Semak harga pasaran rumah di kawasan tersebut dan buat tawaran     yang masuk akal. Anda boleh berunding sedikit, tetapi pastikan tawaran itu     tidak terlalu rendah atau terlalu tinggi.
  • Surat Tawaran (Letter of Offer): Pastikan anda mendapat Surat Tawaran yang jelas dan sah dari     penjual. Ini adalah bukti rasmi bahawa kedua-dua pihak telah bersetuju     dengan harga dan terma jual beli.
  • Semak Terma & Syarat: Pastikan anda memahami semua terma yang dinyatakan dalam Surat     Tawaran, seperti tempoh bayaran, deposit, dan lain-lain.

Surat Tawaran adalah dokumen penting yang menunjukkan persetujuan harga dan akan digunakandalam proses seterusnya untuk menyediakan perjanjian jual beli yang rasmi.Pastikan semua terma jelas sebelum meneruskan.

5. Melantik Peguam untuk Urusan Perundangan

Melantik peguam untuk urusan perundangan adalah langkah penting dalam pembelian rumah bagimemastikan transaksi berjalan lancar dan selamat. Peguam yang terlatih diperlukan untuk menyediakan Perjanjian Jual Beli (S&P), menjalankan pemeriksaan ke atas hak milik hartanah, dan memastikan semua dokumen penting diuruskan dengan tepat. Dengan adanya peguam, pembeli dapat mengelakkan risikopenipuan atau kekeliruan dalam perjanjian. Kos guaman biasanya berkisar antara 0.4% hingga 1% daripada harga rumah, bergantung pada nilai hartanah yangdibeli. Walaupun ia mungkin dianggap sebagai kos tambahan, pelaburan dalam perkhidmatan guaman ini boleh mengelakkan masalah besar di kemudian hari.

Bagi yang ingin mempermudahkan urusan, melantik ejen hartanah yang dipercayai adalah pilihan yang bijak, terutama jika mereka mempunyai kenalan peguam yang berpengalaman dalam transaksi hartanah. Ejen hartanah berpengalaman biasanya mempunyaihubungan baik dengan peguam yang pakar dalam jual beli rumah, dan mereka boleh recommendkan peguam terbaik berdasarkan pengalaman mereka dalam bidang ini. Inidapat menjimatkan masa dan memastikan proses jual beli lebih efisien. Jika anda ingin tahu tentang  panduan dan servisejen hartanah , ada boleh klik link di bawah untuk lebih lanjut Panduan Jual Rumah Guna Ejen Hartanah

6. Perjanjian Jual Beli (S&P)

Perjanjian Jual Beli (S&P) adalah langkah rasmi yang mengesahkan komitmen antara pembelidan penjual dalam pembelian hartanah. Selepas S&P ditandatangani, pembeli perlu membuat bayaran muka yang menunjukkan kesungguhan untuk meneruskan urusan pembelian rumah. Ini adalah salah satu langkah yang tidak boleh diabaikan kerana ia menandakan permulaan pemindahan hak milik.

Setelah S&P disahkan, peguam akan menghantar dokumen berkaitan ke pejabat tanah bagi memulakan proses pertukaran hak milik. Proses ini memastikan hak milik ditukar dengan sah kepada pembeli. Peguam akan memantau agar segala dokumen dan bayaranberkaitan diuruskan dengan betul, bagi mengelakkan sebarang kelewatan ataumasalah pada masa hadapan.

·        S&P tandakankomitmen rasmi antara pembeli dan penjual.

·        Pembeli perlumembayar bayaran muka selepas tandatangan S&P.

·        Peguam akanmenguruskan pertukaran hak milik di pejabat tanah

7. Pengurusan Pinjaman Bank

Pengurusan pinjaman bank adalah langkah penting selepas Perjanjian Jual Beli (S&P) ditandatangani. Pembeli perlu menyerahkan dokumen pinjaman kepada bank yang telah dipilih, termasuk bukti pendapatan dan sejarah kredit. Bank kemudian akan menilai kelayakan berdasarkan faktor-faktor ini untuk menentukan sama ada pinjaman layak diluluskan atau tidak.

Jika pinjaman diluluskan, bank akan memindahkan dana tersebut kepada peguam untuk menyelesaikan urusan pembelian. Peringkat ini adalah penentu kerana jika pinjaman tidak diluluskan, pembeli mungkin terpaksa mencari alternatif atau berdepan kesulitan dalam menyempurnakan pembelian.

 

·        Penyerahan dokumen pinjaman kepada bank selepas S&P.

·        Bank menilai kelayakan berdasarkan pendapatan, kredit, dan kemampuan bayaran balik.

·        Jika lulus, danapinjaman dipindahkan kepada peguam untuk urusan pembelian

8. Pendaftaran Hak Milik & Pemindahan

Pendaftaran hak milik dan pemindahan adalah langkah terakhir dalam pembelian rumah. Setelah bayaran penuh dibuat, peguam akan menguruskan pendaftaran hak milik di pejabat tanah untuk memindahkan hak milik secara rasmi kepada pembeli. Proses ini memastikan bahawa rumah kini dimiliki sepenuhnya oleh pembeli dengan sah.

Tempoh pemindahan hak milik ini boleh mengambil masa antara 3 hingga 6 bulan, bergantung pada prosedur di pejabat tanah dan kelancaran urusan. Proses ini penting untuk memastikan tiada isu hak milik yang tertangguh atau masalah perundangan di masa hadapan. Setelah semua urusan selesai, pembeli boleh mengambil kunci dan mula menghuni rumah tersebut.