Panduan
5
 minit bacaan

5 Cara Meningkatkan Nilai Hartanah Anda Sebelum Dijual

Meningkatkan nilai hartanah boleh dilakukan dengan pengubahsuaian kecil seperti mengecat dan menggantikan lampu. Pastikan rumah sentiasa bersih dan terjaga. Perbaiki dapur dan bilik mandi untuk menarik minat pembeli. Klik untuk tahu lebih lanjut!
Ditulis oleh
Amirul Hilmy
Tarikh dikemaskini
20/9/2024

5 Cara Meningkatkan Nilai Hartanah Anda Sebelum Dijual

Menjual hartanah pada harga yang lebih tinggi  tak semestinya bergantung kepada lokasi dan market value semata mata,  tapi juga keadaan hartanah itu sendiri. Pemilik boleh melakukan beberapa pengubahsuaian kecil untuk meningkatkan demand hartanah mereka dan seterusnya meningkatkannilai jualannya. Berikut adalah beberapa tip yang boleh dilakukan:

1. Mengecat Semula Dinding

Mengecat dinding dengan warna-warna neutral seperti putih,kelabu muda, atau beige boleh memberikan wajah baru dan moden kepada hartanah,serta membuatkan ruang kelihatan lebih luas. Cat berkualiti tinggi juga membantu memberikan kemasan yang lebih kemas dan tahan lama.

Contoh:

A) Putih (cth:Dulux Pure Brilliant White - 90YY 83/012):

     o   Memberikan kesan bersih dan terang.

     o   Sesuai untuk ruang tamu dan dapur.

B) Kelabu Muda (cth: Nippon Light Grey - S3502-Y):

     o  Mencipta suasana tenang dan moden.

     o  Ideal untuk bilik tidur atau ruang pejabat.

C) Beige (cth:Dulux Light & Space Jasmine White - 10BB 83/016):

     o  Menyediakan suasana yang hangat dan mesra.

     o  Pilihan terbaik untuk ruang makan atau bilik keluarga.

Contoh warna rumah yang contra

D) Warna Kontra:

    o  Tambahkan warna seperti navy blue atau mustard pada perabot dan aksesori untuk mencipta titik fokus yang menarik.

2. Memperbaiki Kerosakan rumah

Periksa dan baiki sebarang kerosakan kecil seperti retakan pada dinding, tombol pintu yang longgar, atau paip yang bocor. Pembeli sudah semestinya mencari hartanah yang tidak memerlukan pembaikan tambahan. Pastikan rumah dalam keadaan yang baik, terutama melibatkan keperluan asas seperti pintu bilik yang mudah dibuka dan ditutup, tandas yang berfungsi dengan baik, serta paip air yang tidak bocor atau tersumbat. Jangan abaikan bahagian seperti sinki, paip air, dan sistem saliran, kerana pembeli sering utamakan aspek ni. Memastikan semua keperluan asas berfungsi dengan baik dapat memberi kesan positif kepada nilai hartanah anda dan meningkatkan keyakinan pembeli terhadap condition keseluruhan rumah.

 

3. Memperindah Landskap Luar Rumah dan Luar Rumah

Langkah ini adalah cara yang berkesan untuk menarik perhatian pembeli. Kawasan luar yang kemas dengan rumput yang dipotong rapi,bunga-bungaan, dan laluan batu yang tersusun cantik bukan sahaja menceriakanpandangan tetapi juga memberi kesan pertama yang positif. Di dalam rumah, ruangtamu yang lengkap dengan perabot seperti sofa selesa, meja kopi, dan karpetlembut, ditambah pula dengan pencahayaan yang sesuai dan cermin besar, bolehmenjadikan suasana lebih mesra dan selesa. Dengan ruang tamu yang dihiasmenarik, gambar hartanah akan kelihatan lebih cantik untuk diiklankan di mediasosial, menarik lebih ramai pembeli.

·  Kawasan luar rumah:

  Pastikan kawasan luar rumah kelihatan kemasdan menarik. Memotong rumput, menanam bunga, atau menambah laluan batu bolehmeningkatkan daya tarikan hartanah. Tambah lampu hiasan untuk   mencipta suasanayang lebih menjemput pada waktu malam.

Contoh gambar ruang tamu yang cantik

·   Ruang Tamu:

  Lengkapkan ruang tamu dengan perabot yang penting seperti sofa, meja ruang tamu, karpet lembut, dan langsir yang serasi dengan tema keseluruhan ruang. Tambahkan lampu berdiri atau lampu   meja  untuk pencahayaan yang lebih selesa. Cermin dinding yang besar juga boleh digunakan untuk mencipta ilusi ruang yang lebih luas bergantung pada budget masing masing. Yang penting perabot   yang disusun dengan kemas dan gaya hiasan yang konsisten menjadikan ruang tamu kelihatan lebih menawan dan cantik sebagai titik fokus utama dalam mengiklankan rumah.

Tujuan utamanya adalah gambar hartanah akan kelihatan lebih menarik dan profesional, memudahkan ia diiklankan di media sosial dan platform hartanah. Pembeli cenderung tertarik kepada hartanah yang mempunyai ruang tamu yang tersusun dan menarik, kerana ia adalah ruang pertama yang dilihat ketika memasuki rumah. Kawasan luar rumah dan ruangtamu yang menarik juga cenderung mendapat lebih banyak ‘engagement’ dalam iklan, meningkatkan peluang untuk menarik lebih ramai potential buyer.

4. Memasang Lampu yang Lebih Baik

Memasang lampu LED yang lebih baik dapat meningkatkan suasana dan fungsi ruang di rumah. Lampu LED bukan sahaja lebih cerah danmoden, tetapi juga lebih efisien dan tahan lama. Dengan memilih lampu yang sesuai, mengatur pencahayaan dengan bijak, dan memanfaatkan cahaya semula jadi,ruang akan kelihatan lebih luas dan mesra. Berikut adalah beberapa tips:

Contoh lighting rumah yang sesuai

 

·        Pilih suhu warna yang sesuai: Contohnya, lampu 3000K oren untuk suasana hangat di ruang tamu. berikan suasana yang hangat dan selesa, sesuai untuk beristirahat atau bersantai bersama keluarga. Lampu led putih sesuai untuk di dapur dan bilik tidur

·        Perhatikan lumen: Untuk ruang kerja, pilih lampudengan sekurang-kurangnya 1200 lumen.

·        Gunakan lampu dimmable: Ini membolehkan andamengubah kecerahan, sesuai untuk suasana santai di bilik tidur.

·        Susun lampu dengan bijak: Gunakan lampu meja disudut untuk mencipta pencahayaan ambien.

·        Gantikan lampu yang terbakar: Pastikan semua lampu berfungsi untuk pencahayaan yang konsisten.

·        Manfaatkan cahaya semula jadi: Susun perabotagar tidak menghalang cahaya dari tingkap

5. Kebersihan keseluruhan rumah

Menjaga kebersihan keseluruhan rumah juga aspek penting untuk memastikan persekitaran yang selesa untuk pembeli. Habuk dan sesawang disiling, serta debu di atas almari dan perabot perlu dibersihkan secara berkala untuk mengelakkan alahan dan kesan buruk pada kesihatan. Selain itu, kebersihan luar rumah seperti kawasan berumput, persekitaran tempat pembuangan sampah, dan lantai luar rumah juga perlu dijaga rapi. Tandas harus sentiasa bersih dan bebas dari bau busuk kerana ia adalah salah satu ruang yang paling penting untuk mengekalkan kebersihan dan keselesaan rumah.

Antara tempat yang perlu dibersihkan:

·        Siling dan sudut rumah: Pastikan tiada habuk dansesawang.

·        Atas almari dan perabot: Lap habuk yang seringterkumpul di tempat tinggi.

·        Kawasan luar rumah: Jaga kebersihan rumput,tempat pembuangan sampah, dan lantai luar.

·        Tandas: Pastikan tandas bersih, bebas darikotoran dan bau busuk.