RUMAWIP, atau nama barunya Residensi Wilayah, adalah satu inisiatif kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik kepada pembeli rumah pertama, terutamanya untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Program ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada golongan ini untuk memiliki rumah di Wilayah Persekutuan dengan harga yang lebih mampu milik.
Setiap RUMAWIP mempunyai ciri-ciri berikut:
Harga rumah dan saiz "layout" berbeza mengikut lokasi pembangunan dijalankan. Terdapat 3 jenis RUMAWIP yang biasa ditawarkan:
Projek RUMAWIP mempunyai syarat-syarat khusus untuk memilikinya. Anda layak untuk memohon jika anda berjaya memenuhi syarat-syarat di bawah:
Antara projek RUMAWIP yang masih dibuka untuk pendaftaran:
Lihat PROJEK BARU untuk info lanjut dan butiran projek yang ada.
Terdapat dua cara untuk memohon RUMAWIP iaitu dengan memohon sendiri atau memohon dengan perunding hartanah yang mengendalikan projek RUMAWIP ini.
RUMAWIP adalah projek perumahan yang direka untuk menawarkan rumah mampu milik dan mudah diakses kepada warganegara Malaysia di sekitar Wilayah Persekutuan.
Ini adalah salah satu sokongan dan bantuan kerajaan yang mempunyai pelbagai faedah istimewa!
Rumah ini dijual pada harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran, dan selalunya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti taman permainan dan kolam renang. Oleh kerana projek ini mendapat sambutan yang tinggi, keutamaan selalunya diberikan kepada pembeli rumah pertama.
Walaupun Residensi Wilayah ini menawarkan rumah yang berharga mampu milik, anda masih perlu menyediakan deposit sebanyak 10% untuk pembelian rumah. Oleh itu, anda perlulah bijak menguruskan kewangan bagi menyelesaikan jumlah deposit yang telah ditetapkan.
Terdapat juga syarat-syarat lain yang perlu dipatuhi bagi memiliki RUMAWIP ini seperti rumah tidak boleh dijual semula dalam masa 10 tahun selepas pembelian.
Skim ini jugak meletakkan syarat yang ketat untuk menyewakan rumah yang telah dibeli. Rumah dibawah projek ini hanya boleh disewakan kepada penyewa yang memenuhi kriteriayang ditetapkan seperti berwarganegara Malaysia atau pemiliknya terpaksa berpindah keluar daripada Wilayah Persekutuan.